Thursday, 6 October 2011

TeNaNgKaN JiWa.....

<object style="height: 390px; width: 640px"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/i2yfH8LKUsw?version=3"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/i2yfH8LKUsw?version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="640" height="360"></object>

YA ALLAH......

ASSALAMUALAIKUM WBT....

saya wan rinaz wan riz nk bercerita sedikit ttg manusia yg xpernah berpuas hati dgn manusia yang lain....
knp manusia jadi begini???
manusia jd begini kerana hasutan syaitan yg mmg bertujuan ingin menyesatkn umat islam yg ade dimuka bumi ini....
kesian melihat orang yg terperangkap dengan hasutan makhluk durjana ini....
dengan ini marilah kite umat islam same2 berdoa untuk mereka yg masih berada didalam keadaan jahil....
saya ade sedikit cerita yang ingin dikongsikan bersame....

ade sekumpulan makhluk Allah ini yg sentiasa tidak berpuasa hati dgn makhluk Allah yg lain...
setiap hari beliau akn bercerite ttg org yg dia rs benci n dendam kt org tu....
mcm2 bende yg keluar dr mulut beliau sehinggakan seorg hamba Allah ini tidak tahan mendgrnya.....
kumpulan ini jd begini kerana beliau merasakan hy mereka yg sempurna n tidak pernah melakukan kesilapan...
mereka ini hy melihat kesalahan org lain shje....
tetapi kesalahan sendiri tidak tau...
HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA....

Thursday, 22 September 2011

Ape2 jElaH....

assalamualaikum wbt....
knp  penipu???
sejak akhir2 ni sy sering terdgr perkataan penipu sehinggalah suatu hari perkataan itu ditujukan kepada sya...
sy agak terkejut lh jgk...
xp ape blh bt sy bt2 xdgr jelh...
manusia ni ade byk jenis...
ade yg jenis ingin memusnahkn antara 1 sama lain..
ade yg pendendam...
n mcm2 lglh....
sy benci org yg penipu n byk lglh yg sy benci/...
sy benci ble lelaki senang2 memainkn perasaan prmpuan dgn mcm tu je...
adakah dia fikir ape kesan jangka panjang pd perempuan tu...
saya harap perempuan skrang jgn mudh terpedaya dgn janji2 lelaki krn kbykannya pendusta n ingin menyakitkan prasaan kamu je....
n saya rasa sy salah seorg yg pernh dipermainkn..
xp ni xde kene mengene dgn cinta....
wahai perempuan2 diluar sana jglh diri anda n jgn biarkan diri anda dipergune oleh manusia yg bergelar
@ LELAKI@

Thursday, 21 July 2011

KeSaLaHaN dAlAm TeGuRaN......

Remember this...
Remember this and keep it very dear to your heart.
Dan jangan ulangi kesilapan yang sama..
Jangan..
Cause it hurts!
And it hurts so much until you want to tear yourself apart ( dan berpaling dari tarbiyah/jemaah?)
Dan terkadang kesalahan kecil kita sebagai murabbi dan qiyadah menjadikan batu api bagi syaitan untuk disemarakkan pada hati mutarabbi dan jundiy kita.Maka, awaslah!
Belajarlah dari kesalahan orang lain. ( dan tentu belajar dari diri sendiri juga).
And when you reach the above or become leader, please, please Aisyah, go back to what you write today, and remember these...


1) Bila nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat sekali.
Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting adalah supaya teguran itu diterima.
Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu.
Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih sayang, tapi jika cara dan waktu tidak tepat, kamu hanya akan menyalakan lava yang tengah meluap-luap amarahnya.

2) Jalinkan kecintaan sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.
Adakah adil jika kamu menegur seorang mutarabbi mahupun jundiymu, dalam keadaan kamu tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting, dia TIDAK merasai kasih sayang dari kamu?
Tentu tidakkan?
Kamu tak pernah endahkan dia, tak pernah mendengar masalah dia, tak pernah membantu dia..
Dan kini kamu hadir padanya, meminta ketaatan dan mahu menegur sahaja?
Jadilah seorang murabbi, yang ada ikatan hati dari sudut ayah, abang, syeikh dan guru pada anak muridnya.
Berkenalanlah, bantulah dia, dan cintailah dia, sebelum kamu meminta ketaatan dan juga menegur kesalahan dia.
Memang betul dia wajib mentaati kamu sebagai kepimpinan. Benar, dia ada kesalahan sebagai jundiymu, tapi santunilah keanak-anakan dan kenaifan dia dalam tarbiyah. Hargailah semangatnya dalam beramal, dan didiklah dia dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang mengundang kebencian.
Sudah namanya jundiy dan mutarabbi, memang dia akan banyak buat kesalahan. memang dia perlukan bimbingan. Memang dia takkan perfect. Maka, santunilah perkara itu dengan baik.

3) Carilah medium terbaik dalam memberikan teguran/didikan.
Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu. Jika orang lain lebih pandai menegur darimu.
Elak gunakan medium:

a) emel
b) sms
c) telefon
Ketika menegur dan memberikan didikan. kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada, dan jika teguran berlaku secara sehala tanpa bertanya apakah asal usul punca masalah itu berlaku.
Bertemulah, berjumpalah, dan peluk mutarabbi itu penuh cinta, sebelum duduk mendengar penjelasan darinya.
Insyaallah, dia akan membuka hatinya pada kamu.

4) Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran.
Bukan sepuluh minit sebelum mutarabbi kita nak menyampaikan usrah, di waktu itulah kita menegur dia. Hancurlah perasaan dia, dan menurunlah semangat dia dalam amal.
Bawalah dia pergi ke kedai makan. Berboraklah perihal-perihal santai sebelum membicarakan hal serius.
Bukalah hati dia dahulu menerima kamu sebelum kamu menyampaikan apa2 pada dia.
Duduk bersemuka dengan dia, dalam keadaan dia tenang, bukan ketika dia sedang mengalami tekanan perasaan yang mengancam.
Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar...

5) Anggaplah dia seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri.
Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur.
Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur.
Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah membuka topik perbincangan.
Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah. Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga.
Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan. Bukan mahu dia lari dari tarbiyah!!!

6) Paling penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.
Solatlah dahulu. Biarkan waktu melegakan hati kita. Minta pada ALlah diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur.
Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian...
Inilah dia Aisyah, ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya.
Malah, jika kau menjadi qiyadah mahupun murabbi agung sekalipun, engkau tidaklah superior dari mereka, Engkau tidaklah lebih baik dari mereka, Mungkin lebih teruk sekalipun.
kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar dirimu bersedia untuk ditegur dan berubah juga. Dirimu mahu juga ditegur dan dinasihati selalu....
Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada seseorang.
Dan aku melihatnya pada dua generasi yang berbeza. Dan aku merasakan benar, pengalaman sahaja dapat memberikan kematangan dalam kepimpinan.
Dan kita yang menjadi tentera kecil mahupun mutarabbi hina ini, perlu belajar dari kesilapan ini. Jangan ulangi perkara sama. Jadilah manusia lebih baik.
Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku , membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku.
Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..
Dan betul, teguran pada qiyadah/naqibah juga perlu sama sahaja seperti di atas. kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada emosi dan masalah. maka belajar cara berkomunikasi dengan baik.
wallahualam

Sunday, 17 July 2011

HiDaYaH......


Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana dari
situlah titik tolak seseorang yang tidak Islam itu masuk Islam.
Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk mendapatkan ilmu
dan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam.
Untuk seseorang yang memang sudah Islam, akan terbukalah
pintu hatinya untuk serius dengan Islam dan berusaha mempelajari
ilmu Islam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya.

Seseorang yang tidak Islam kalau belum mendapat
hidayah ertinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam
atau masuk agama Islam. Begitu jugalah seseorang yang
berketurunan Islam, jika hidayah belum dapat ertinya hatinya
tidak akan terbuka untuk serius dengan Islam, untuk mengamalkan
Islam dan memperjuangkannya. Setelah berusaha
mempelajari dan setelah hati terbuka untuk beramal maka
selepas itu mungkin akan mendapat taufiq dari Allah Taala.

Taufiq ertinya apa yang diamalkan itu tepat atau berbetulan
dengan kehendak Allah Taala. Maka sempurnalah Islam seseorang
itu kerana seluruh amalannya telah bergabung di situ di
antara hidayah dengan taufiq. Namun mendapat taufiq pun
belum tentu selamat. Walaupun lahiriah dan maknawiyahnya
sudah betul tetapi zahiriah dan batiniahnya mungkin belum
selesai. Apa yang tersembunyi dalam hati mungkin tidak sama
dengan apa yang dizahirkan. Amalan zahir nampak hebat tetapi
mungkin dicelahi dengan riyak, ujub, hasad dengki dan sebagainya
yang merosakkan amalan. Kalau soal batiniah tidak dijaga,
orang yang mendapat taufiq pun boleh terkandas. Inikan pula
baru setakat mendapat hidayah. Tanpa tasawuf, ramai yang
tertipu dengan ibadah mereka.

Soal ada kemahuan untuk membuat kebaikan dan mendapat
ilmu (hidayah), itu soal lahiriah. Untuk beramal, sama ada
untuk berbuat ibadah atau meninggalkan maksiat, itu juga soal
lahiriah. Kalaupun ilmu dan amal soleh sudah selari dan amalan
tepat atau berbetulan dengan kehendak Allah (taufiq), itu pun
masih soal lahiriah. Soal batin atau tasawuf belum diambil kira.
Sedangkan amalan yang diterima Tuhan itu mesti cukup syarat
lahir dan batinnya.

Walau bagaimanapun setakat hidayah itu pun sudah merupakan
satu anugerah yang sangat berharga dari Allah Taala
yang Maha Pemurah, kerana dari hidayahlah pintu hati terbuka
untuk menjadi seorang Islam atau bagi seorang Islam pula,
terbuka hatinya untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran
Islam. Oleh kerana hidayah adalah satu benda yang berharga,
tidak semua orang boleh mendapatnya atau memperolehinya.

MeNgEtUk PiNtU HaTi MeNyInGkAp NuR IlaHi.....

Oleh HAPIS BASHAH

Menelusuri ´jalan´ bagi menemui Maha Pencipta memerlukan penyucian jiwa yang kompleks. Allah s.w.t. banyak membuat perumpamaan berkaitan dunia - keindahannya, kesempurnaannya, perubahannya dan kemusnahannya. Seluruh alam begitu fasih mengucapkan syahadat, kesaksian akan keesaan-Nya sehingga menjadi begitu nyata. Burung-burung rahib di dahan pertapaannya menyanjung kemuliaan-Nya sehingga semua yang mendengar akan merasa riang dengan penuh khusyuk.

Cahaya ciptaan-Nya hadir meliputi timur dan barat dan Dia mampu melenyapkan ciptaan-Nya itu dengan hadirnya kegelapan. Allah s.w.t. juga dapat menghidupkan kembali hati yang mati dan gersang dengan zikir-Nya. Malah sesiapa sahaja saja yang mendapatkan hembusan nafas rahmat-Nya akan berbahagia dengan kebahagiaan tertinggi dan tidak sengsara selamanya. Bumi tempat manusia berpijak, hanyalah setitis dari samudera ciptaan Allah Azzawajjala.

Jika burung di awan tidak terjatuh, maka makhluk yang hidup di bumi tidak akan tergelincir. Padahal bumi berputar bersamanya dengan kelajuan 1000 km sejam dan berputar mengitari matahari selaju 65,000 km sejam. Bumi dimudahkan Allah s.w.t. untuk dihuni manusia dengan menciptakannya bulat. Tetapi ke mana jua kaki melangkah, manusia akan mendapati bumi terhampar. Begitu juga jika malam yang berlanjutan terus tanpa siang di mana kehidupan akan membeku kedinginan seperti hati yang beku dari mengingati-Nya dan sebaliknya.

Malah tidak terjejas sedikit pun terhadap Allah s.w.t. jika hamba-Nya tidak bersujud akan keesaan-Nya. Allah s.w.t. sedikit pun tidak mempunyai kepentingan. Jadi, berwaspadalah akan kehadiran-Nya kerana seseorang yang tidak menemui-Nya, maka itu bererti mata hatinya buta sehingga tidak menyedari akan kewujudan-Nya. Allah Azzawajjalla berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika mereka berpaling, katakanlah,”cukuplah bagiku Allah yang tiada Tuhan selain Dia. KepadaNya aku bertawakal dan Dia Tuhan ´Arsy yang Maha Agung.” (Surah at-Taubah: 129)

Banyak perkara yang perlu dikonkritkan di dalam jiwa kerana masih banyak rahsia yang terselindung di sebalik kejadian-kejadian-Nya. Kebaikan atau kemungkaran bukan sesuatu yang terbatas dimuka bumi atau di suatu lokasi tertentu. Mukmin yang menunaikan kewajipan, berlaku baik dan mencegah perbuatan keji kerana ia beriman dengan Allah s.w.t., tetapi yang batil tidak akan hidup subur, yang mungkar tidak akan tumbuh berakar. Hati yang fakir dari mengingati-Nya akan membuatkan manusia tidak pernah merasa cukup, bahkan ia akan mendatangkan pergolakan di dalam jiwa. Abu Sulaiman pernah berkata, “Tafakur di dunia adalah hijab dari akhirat yang mewariskan hikmah (kebijaksanaan) yang menghidupkan hati.”

Manusia juga tidak insaf dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sebagai satu pelayaran singkat atau sebagai menyeberangi suatu jalan raya yang tidak sunyi daripada rintangan dan halangan. Jika mereka sedar bahawa mereka berada di atas bahtera di tengah lautan, tentu mereka tidak membuat perkara yang mungkar yang akan mengganggu penghuninya atau melubangi bahtera tersebut yang membahayakan dan menenggelamkan dirinya dan orang lain.

Allah s.w.t. yang telah mengurniakan jiwa kepada manusia supaya merencahkannya kepada perkara-perkara yang bersifat sufistik agar dapat mengenal dan mengetahui betapa pentingnya jiwa dalam kehidupan seharian.

Rasulullah s.a.w. sering menerapkan di dalam jiwanya dengan ketakwaan dan sifat takutnya kepada Allah s.w.t. Walaupun baginda tidak dapat melihat Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. sentiasa memerhatikannya bersama sinar ketakwaan
dan ´kalamullah´.

Hamba-Nya yang mengamalkan ketaatan kepada Allah s.w.t. perlulah mengetahui bahawa pangkal ketaatan adalah pengetahuan (al-´ilm) kepada Allah, ketakutan kepada-Nya, harapan, dan pengawasan batin terhadap Allah Azzawajjala. Tampakkanlah dua jenis keimanan iaitu zahir dan yang tersembunyi batin agar penyusunan jiwa lebih teratur dalam mengharungi kehidupan ini.

Hakikatnya manusia perlu mengenal Allah s.w.t. dan mengimani keberadaan-Nya sebagai Pencipta, Yang Mengetahui dan Maha Kuasa, yang tidak terliput oleh pengetahuan yang tidak dapat terbayang dek fikiran, dan mempunyai zat yang tidak terbatas. Oleh itu hadirkanlah rupa peribadi kita di dalam jiwa dan singkapkanlah hati agar menemui-Nya dalam situasi keredaan-Nya kerana masih ada sinar matahari yang tidak terjangkau oleh manusia. Masih banyak yang menyangkut tentangnya yang tidak diketahui. Cahayanya pun tidak mampu kita renungi berterusan. Jika matahari saja demikian , bagaimana pula kita dapat melihat Pencipta matahari yang Maha Agung itu.

HaRaM......

Berjabat tangan atau Musafaha dengan perempuan
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah adalah haram.

Kerana firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 30

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;.

Ayat ini mengharam kan lelaki dan perempuan memandag antara keduanya maka diqiaskan menyentuh  kerana menyentuh terlebih bersangatan membangkitkan sahwat dari memandang, qias ini dinamakan qias aulawi.

رُوِي عن معقل بن يسار أن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  قال : “لأن يُطعَن في رأس أحدِكم بمِخْيَط من حديد ، خير له من أن يَمَسَّ امرأةً لا تَحِل له” ، رواه الطبراني والبيهقي

Di riwayat daripada Ma’kil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda “sesunguhnya ditikam pada kepala seorang kamu dengan jarum yang diperbuat dari besi terlebih baik baginya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.

Menurut mazhab syafie menyentuh perempuan yang halal nikah adalah haram sama ada sahwat atau tidak, sama ada muda mahupun yang tua, melainkan kanak-kanak yang belum sampai had sahwat.  والله اعلم.